Thursday, September 20, 2018

PERMAINAN UNTUK KANAK-KANAK 0-5 TAHUN


Kami sukar untuk memahami untuk memilih permainan yang sesuai dengan anak kita. Lebih-lebih lagi yang berumur 5 tahun ke bawah. Mereka cepat bosan dan aktif sekali. Kadang-kala sehingga memeningkan kepada. Melihat lambakan permainan dipasaraya, sudah tentu rambang mata memilihnya. Tetapi banyak aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan seperti adakah ia boleh ditelan, mempunyai bucu yang tajam, selamat digigit dan sebagainya.

0-18 BULAN
Pada pendapat saya, bayi 0-18 bulan perlu tidur antara 13-18 jam mengikut umur. Maka, tidak perlulah membeli terlalu banyak permainan. Tetapi belilah yang betul-betul berkualiti.

MAINAN LEMBUT



MOTOR HALUS



MOTOR KASAR



ALAT MUZIK






18 BULAN – 3 TAHUN
Kebolehan dan minat kanak-kanak dalam likungan umur 18bulan hingga 3 tahun berbeza antara satu dengan yang lain. Tidak semestinya anak si A suka bermain puzzle maka anak anda juga suka perkara yang sama. Ada yang pandai menyusun mengikut warna ketika usia 1 tahun da nada yang tidak. Mungkin anak anda tidak berminat bukannya tidak tahu. Oleh itu, janga dibanding-bandingkan kebolehan anak anda dengan orang lain.
MOTOR HALUS



MOTOR KASAR



3 TAHUN – 5 TAHUN
Pada umur prasekolah, mereka sudah mempunyai keinginan dan pendirian tersendiri. Ikuti minat anak anda ketika memilih permainan.
KREATIVITI DAN PEMBINAAN


KEMAHIRAN BERFIKIR





PENGURUSAN BILIK DARJAH


Pengurusan bilik darjah bagi seseorang guru sememangnya teramat penting selain mengajar dan mendidik murid. Jika seorang guru Berjaya mengurus bilik darjah dengan sempurna, maka proses pengajaran dan pembelajaran boleh ditafsirkan sebagai Berjaya. Namun jika seseorang guru gagal mengawal dan mengurus bilik darjah dengan berkesan, berkemungkinan besar, impak negative akan wujud yang mencacatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Maka objektif atau hasil pembelajaran gagal dicapai secara berkesan.

Pengurusan bilik darjah dapat didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk mengekal peraturan bilik darjah. Pengurusan bilik darjah adalah satu kemahiran yang amat penting dan perlu dikembangkan oleh guru-guru bagi membolehkan guru mengurus pembelajaran dengan lebih berkesan, suasana dan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

Mereka juga dapat memberi tumpuan aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri. Mereka berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan dimana tindakan serta sikap guru itu bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pengurusan bilik darjah diibaratkan sebagai okestra dalam kehidupan bilik darjah yang memerlukan pembentukkan kurikulum, penyelenggaraan, prsedur dan sumber pengajaran. Ia juga menekankan tentang pentingnya penyusunan suasana bilik darjah bagi meningkatkan keberkesanan, pemantauan perkembangan pelajar serta tanggungjawab guru dalam memikirkan masalah-masalah yang mungkin akan timbul.

5 TINGKAH LAKU KANAK-KANAK YANG MEMBIMBANGKAN


Macam mana kita boleh bezakan apa tingkah laku yang biasa dan apa tingkah laku yang membimbangkan.
Sebagai ibu bapa, kebanyakkan kita bimbang tentang anak kita. Tetapi bagaimana kita boleh bezakan apa tingkah laku biasa dan apa tingkah laku yang membimbangkan? Kadang-kadang ia adalah sukar untuk mecari keseimbangan diantara rasa bimbang yang terlapau dan kebebasan yang terlalu banyak.
5 tingkah laku yang ibu bapa patut prihatinkan

1. MENCUBIT, MENACALAR ATAU SENGAJA MELUKANKAN DIRI SENDIRI
Sikap suka mencederakan diri boleh dikesan pelbagai bentuk. Kanak-kanak kecil biasanya akan mencubit, mencalar atau menumbuk diri sendiri.
Remaja pula lebih cenderung memotong dengan pisau pen pada bahagian yang berlainan di badan mereka dalam usaha menghadapi tekanan emosi atau kekecewaan.
Jikaa anak anda bersikap suka memudaratkan diri, ini adalah tingkah laku yang membimbangkan. Bawa anada berjumpa dengan ahli terapi atau menghadiri sesi kaunseling untuk memproses emosi mereka. Dari sesi ini, mereka juga boleh membincang tentang perasaan kemurungan dan isu kesihatan mental lain.

2. TIDAK DAPAT TIDUR PADA WAKTU MALAM
Kanak-kanak yang sihat biasanya tidak akan menghadapi masalah untuk tidur pada waktu malam. Jika anak anda tidak mempunyai masa rehat yang secukupnya sehingga menjejaskan kesihatan mereka, cuba bawa mereka jumpa doctor dan siasat kalau anak anda mengalami gangguan tidur.

3.TIDAK MAHU MAKAN ATAU NAMPAK TIDAK BERSELERA.
Makan dan masa rehat yang secukupnya adalah petunjuk yang baik apabila menilai kesihatan seseorang. Jika anak anda tiba-tiba tidak mahu makan atau berasa tidak selera, ini adalah satu kebimbangan utama.
Tapi ni  ukan kisah cerewet makan, maksud saya hilang segala selera dan tidak makan untuk beberapa hari. Cuba pastikan jikalau anak anda rasa sakit atau berhenti makan kerana masalah tekanan kebimbangan atau mood.

4. TINGKAH LAKU LUAR BIASA YANG AGRESIF ATAU GANAS,
Jika seorang kanak-kanak sedang ganas atau agresif, tingkah laku ini perlu ditangani dengan segera. Kanak-kanak yang mengambil jalan keluar dengan berkelakuan ganas memerlukan bantuan untuk mengawal diri.
Jangan berlengah sehingga anak dewasa sebelum mendapat bantuan professional. Terdapat banyak faktor yang mungkin menyebabkab anak menjadi agresif. Ini mungkin boleh disebabkan pengalaman yang pahit ataupun mungkin mereka pernah dikasari dan dibuli.

5. SIKAP SUKA BERAHSIA
Kita sentiasa mengingatkan anak-anak kita suka memberitahu jika ada apa yang menganggu mereka. Kalau kelakuan mereka tiba-tiba beralih suka mendiamkan diri dan berahsia dengan cara yang mencurigakan, mungkin sesuatu telah berlaku.
Terlitikkan perubahan tingkah laku mereka dan dengan perlahan-lahan cuba pujuk mereka untuk memberitahu kisah sebenarnya. Dengar dengan hati yang terbuka dan jangan menunjukka reaksi yang terlampau drastic.
Ingat bahawa anda mahu mereka berasa selesa dan selamat untuk diberitahu perkara yang sebenarnya. Reaksi yang drastic hanya akan menyebabkan mereka menyembunyi perasaan mereka.


KEPENTINGAN MUZIK KEPADA KEPADA PERGERAKKAN


Muzik dapat membantu perkembangan sosial emosi kanak-kanak secara umumnya emosi bermaksud perasaan yang tinggi dan halus manakala sosial pula bermaksud pergaulan kanak-kanak dengan orang lain. Muzik dapat membantu perkembangan sosial emosi kanak-kanak dimana mereka dapat meluahkan perasaan gembira atau seronok melalui aktiviti muzik.

Mereka merasa dihargai apabila guru menyelitkan nama-nama mereka dalam nyanyian. Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dimana guru boleh mengadakan aktivit dalam kumpulan melibatkan semua kanak-kanak. Melalui aktiviti ini mereka akan menyanyi dan menari bersama rakan-rakan lain. Selain itu, aktiviti ini juga membolehkan kanak-kanak meluahkan perasaan takut, gembira, sedih, cemas dan sebagainya.

Disamping itu, aktiviti ini juga dapat membina disiplin diri pada kanak-kanak misalnya ketika menunggu giliran untuk bermain alat muzik dan akhir sekali aktiviti muzik ini akan dapat meningkatkan konsep kendiri pada kanak-kanak berkongsi alatan muzik bersama rakan-rakan yang lain.

Seterusnya, muzik juga dapat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak. Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, berdikari, memberi pendapat memahami dan mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing.

Melalui pengajaran muzik juga kanak-kanak akan mahir dalam membezakan bunyi panjang dan pendek. Contoh aktiviti untuk memperkenalkan bahawa itu panjang. Manakala aktiviti untuk memperkenalkan bahawa bunyi yang pendek ialah guru memukul kerincing dan memperkenalkan bahawa bunyi itu pendek.

PELAN TADIKA SYARIF MUSYRIF



Ini adalah contoh pelan Tadika Syarif Musyrif. Tadika ini juga mempunyai kelengkapan yang cukup lengkap dengan adanya tunjang di setiap sudut. kekemasan tadika amat penting kerana guru dan murid sentiasa berada dalam keadaan yang selesa dan mudah untuk melakukan aktiviti. Dengan kekemasan susun atur bilik darjah guru juga boleh bergerak dan mengawal tingkah laku kanak-kanak. 




MENGGUNAKAN ALAT BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN



KEPENTINGAN SERTA TUJUAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan alat bantu mengajar amat penting bagi guru untuk memastikan proses pengajarannya dapat berjalan dnegan lancer kerana isi pengajaran yang disampaikan dapat diikuti dengan baik oleh murid dengan bantuan alat bantu mengajar dapat disenaraikan.
1. Dapat mempertingkatan minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran
2. Dapat memahami secara lebih mendalam dan realistic.
3.  Dapat mengekalkan ingatan yang lebih lama
4. Dapat berasaskan keseronokkan belajar.
5. Penggunaan alat bantu mengajar dapat mengawal serta mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar kekurangan masa.

KEMAHIRAN PEMILIHAN DAN APLIKASI ALAT BANTU MENGAJAR.
Kemahiran adalah kecekapan atau kepandaian seseorang untuk membuat sesuatu. Tanpa kemahiran agak sukar bagi seseorang itu mengendalikan sesuatu. Begitu juga dalam bidang perguruan, kemahiran amat diperlukan. Seperti kemahiran dalam memilih serta mengaplikasikan alat bantu mengajar yang telah dipilih.
Dalam memilih alat bantu mengajar, guru seharusnya kemahiran dalam menilai dan menimbang akan keperluan atau sumbangan alat bantu dalam pengaplikasiannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Pertimbangan seharusnya menekankan semua aspek atau kriteria-kriteria dalam memilih alat bantu mengajar

CARA-CARA APLIKASI ALAT BANTU MENGAJAR
Dalam zaman yang serba moden dan canggih sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat yang semakin berkembang pesat dari semasa ke semasa. Penggunaan alat bantu mengajar juga berkembang dari menggunakan papan tulis bertukar kepada yang lebih canggih iaitu penggunaan computer, bahan elektronik dan sebagainya.
Diantara jenis alat bantu mengajar yang boleh digunakan adalah seperti kad manila, carta, model, projector, multimedia dan sebagainya. Alat dengar seperti radio, pita rakaman adalah sesuai untuk pembelajaran yang berkehendak penguasaan kemahiran yang tertentu seperti bacaan al-quran. Filem dan televisyen sesuai digunakan untuk sesuatu pemerhatian aspek-aspek khusus atau untuk tujuan memperlihatkan tunjuk cara yang berhubung dengan penguasaan sesuatu aspek yang tertentu seperti pengerakkan amali dalam sembahyang.

KESIMPULANNYA
Teknik pengajaran dan pembelajaran bagi seseorang guru bukan sekadar chalk and talk tapi lebih dari itu seperti penggunaan alat bantu mengajar  dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan alat bantu mengajar perlu dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran dijalan dengan berkesan, menarik perhatian, menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan ini menjelaskan kepada kita betapa penting penggunaan alat bantu mengajar kepada guru-guru untuk menyampaikan pelajaran kepada pelajar-pelajar.



Tuesday, September 18, 2018

PANDUAN AKTIVITI FIZIKAL UNTUK KANAK-KANAK.


Topik lepas kita sudah membincangkan pemakanan sihat untuk kanak-kanak. Bagaimana dengan aktiviti fizikal buat mereka? Trend hari ini kita lihat kanak-kanak termasuk BAYI SEAWAL 6 BULAN sudah di beri gajet dan berada dalam dunia masing-masing. Kesannya kanak-kanak hari ini tidak pandai untuk bermain apatah lagi bersosial bersama rakan-rakan. Jika bersosial sekalipun, mereka akan bermain menggunakan ‘smart phone’ tanpa melakukan sebarang pergerakkan.


Sebagai ibu bapa, penjaga dan guru yang prihatin terhadap kesihatan kanak-kanak ini. Anda perlulah memainkan peranan dalam mengajak kanak-kanak untuk aktif secara fizikal setiap hari. Bagaimana mahu kanak-kanak aktif setiap hari? Artikel kali ini akan membincangkan panduan aktiviti fizikal untuk kanak-kanak.

APA ITU AKTIVITI FIZIKAL
Aktiviti fizikal bermaksud sebarang pergerakkan badan yang dihasilkan oleh otot dan membawa kepada pengeluaran tenaga. Melakukan aktiviti fizikal dan pemakanan yang sihat dapat mengekalkan kesihatan yang baik untuk bayi dan kanak-kanak. Aktiviti  fizikal boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu aktiviti fizikal berstruktur dan tidak berstruktur.
AKTIVITI FIZIKAL BERSTRUKTUR
1.  Aktiviti yang dirancang dan disusun oleh ibu bapa/ penjaga/ guru
2. Mempunyai objektif tersendiri tetapi tiada unsur pertandingan (menang atau kalah)
3. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan :

  • ·         Permainan dalam kumpulan: baling bola, ‘musical games’, menari
  • ·         Aktiviti ‘circuit’: turun naik kerusi, lompat bintang, merangkak melalui halangan.

AKTIVITI STRUKTUR TIDAK BERSTRUKTU
1. Aktiviti bebas yang dilakukan oleh kanak-kanak dalam meneroka persekitaran mereka.
2. Bermain menggunakan imaginasi dan idea mereka sendiri
3. Contoh aktiviti: bermain basikal, bermain dipadang permainan, berlari.


Panduan dalam melakukan aktiviti fizikal untuk kanak-kanak

Prinsip 1: Aktif sedap hari
Pastikan anak-anak murid anda aktif secara fizikal setiap hari. Sekiranya terdapat kemudahan lif, ajak mereka untuk berjalan dan naik tangga berbanding menggunakan lif. Selain itu, dirumah, disekolah, tadika, pusat jagaan, galakkan anak-anak anda untuk membantu dalam membuat kerja-kerja rumah seperti menyapu, mop lantai, membasuh dan mengemas. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan dan merupakan waktu terbaik untuk anda berkomunikasi dengan anak.

Prinsip 2: lakukan sekurang-kurangnya 60 minit aktiviti berintensiti sederhana setiap hari.
Ajak anak-anak murid anda untuk melakukan 60 minit aktiviti berintensiti sederhana untuk meningkatkan sistem kardiovaskular mereka. Aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti bermain basikal, berlari dan bermain kejar-kejar , bermain badminton dan seumpamanya.

Prinsip 3: melakukan aktiviti yang meningkatkan daya tahan otot dan tulang sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
Lakukan juga aktiviti yang boleh meningkatkan daya tahan otot dan tulang anak-anak 3 kali seminggu. Sebagai contoh, lompat tali, lompat bintang dan monkey bar.

Prinsip 4: Hadkan tabiat dan aktiviti fizikal yang tidak aktif
Beri nasihat kepada anak untuk mengurangkan aktiviti yang tidak aktif. Sebagai contoh hadkan aktiviti seperti menonton televisyen, melayari internet menggunakan telefon dan bermain serta menggunakan computer yang berlebihan. Ajak anak anda melakukan apa jua aktiviti asalkan mereka bergerak dan bukan duduk sahaja.


Kepentingan aktiviti fizikal buat kanak-kanak
1. Untuk perkembangan dan pertumbuhan diri dengan baik.
2. Aktiviti fizikal bersama pemakanan yang sihat dan dapat menjaga kesihatan dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
3. Menyokong perkembangan motor, koordinasi dan pergerakkan (kaki dan tangan)
4. Membentuk keyakinan diri dan membantu kanak-kanak untuk bersosial bersama rakan-rakan terutama aktiviti berstruktur. Contoh aktiviti berkumpulan.

Kesimpulannya aktiviti merupakan aspek penting dalam mengekalkan kesihatan yang terbaik untuk kanak-kanak. Bukan sahaja membantu dari segi pertumbuhan badan malah boleh meningkatkan kecergasan dan stamina mereka. Perkembangan emosi dan keyakinan diri dapat dilihat apabila kanak-kanak ini menikmati zaman kanak-kanak mereka dengan bermain. Oleh itu, ibu bapa, guru, penjaga perlu menggalakkan minat dan keupayaan anak untuk melakukan aktiviti fizikal, melibatkan diri untuk bermain bersama dan pantau mereka dari sebarang bahaya. Apa yang penting, pastikan mereka bergerak dan membuat sesuatu aktiviti yang bermanfaat.



Friday, September 14, 2018

ANAK ANDA MUNGKIN ADA MASALAH PEMBELAJARAN KANAK-KANAK?


Adakah anak anda sukar membaca? Adakah dia mengalami kesukaran disekolah? Adakah skill social dia lemah? Jika jawapan anda ‘ye’ anak anda mungkin mengalami salah satu daripada 5 masalah pembelajaran kanak-kanak.
Disebabkan faktor persekitaran dan genetic sesetengah kanak-kanak boleh mengalami kesukaran dalam pembelajaran.
Ini akan memberi impak terhadap perilaku, emosi, kebolehan social, akademik termasuklah skill kognitif tidak verbal kanak-kanak itu.
Namun mereka boleh melalui kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.

5 MASALAH PEMBELAJARAN KANAK-KANAK YANG BOLEH MEMBERI IMPAK PADA KEHIDUPAN ANAK.
Masalah pembelajaran kanak-kanak secara asasnya ialah masalah pemprosesan neulogikal. Masalah ini mempengaruhi skil pelajaran asas anak seperti membaca, menulis dan bercakap. Ia juga boleh membantukan skil memori dan tumpuan.

Masalah kurang upaya pembelajaran bukanlah masalah pembelajaran semata-mata. Ia memberi impak terhadap akademik malah terhadap urusan harian mereka.

Sebab itu amat penting untuk anda membantu mereka dengan mengenal pasti kurang upaya pembelajaran diperingkat awal.

1.KURANG UPAYA PEMBELAJARAN BUKAN VERBAL

NLVD ialah kanak-kanak yang mengalami skil motor, skil verbal dan skil spatial yang lemah. Mereka sukar untuk faham bahasa tubuh seperti ekspresi muka dan lenggok tubuh.
  • ·         Mereka mempunyai koordinasi psiko motor yang lemah. Menjadikan mereka tidak cemat. Mereka kerap terjatuh atau terlanggar sesuatu.
  • ·         Mereka sukar melakukan kerja dengan skil motor seperti menggunakan gunting atau mengikat tali kasut.
  • ·         Sukar memahami arahan, mempunyai masalah keresahan dan skil social yang lemah.
  • ·         Sukar menyelesaikan matematik, kurang fokus dan masalah penulisan.

2. MASALAH KOMUNIKASI SOSIAL
Bagi masalah ini, kanak-kanak tersebut ada tahap komunikasi sosial yang lebih rendah berbanding skil verbal dan kognitif am.
Anda mungkin boleh melihat isu-isu berikut pada kanak-kanak yang ada masalah ini.
  • ·         Tidak dapat beri respon yang cepat
  • ·         Sukar membuat pergerakkan tubuh seperti melambai atau menunjuk.
  • ·         Tidak faham sekirannya tiba gilirannya dalam permainan.
  • ·         Tidak tahu bagaimana meluahkan emosi dan perasaan.
  • ·         Kurang fokus dan bertukar topic dengan cepat
  • ·         Menggunakan banyak perkataan atau panjang untuk mengekspresikan sesuatu.

3. DYSCALCULIA

Masalah ini menyebabkan kanak-kanak sukar memahami dan sukar menyelesaikan pemasalah matematik. Segala konsep yang melibatkan nombor adalah sukar difami bagi kanak-kanak dengan masalah ini. Malangnya, ia boleh berlarutan seumur hidup.
Berikut adalah beberapa simpton yang anda akan dapat lihat.
  • ·         Ada masalah memahami kuantiti dan konsep matematik
  • ·         Tidak Berjaya mengaitkan nombor dan perkataan. Contohnya ‘3’ dengan ‘tiga’
  • ·         Tidak mampu menyelesaikan pemasalahan matematik.

Ramai pakar yang menggelarkan hal ini dengan “mathematic disorder” atau masalah matematik kerana kanak-kanak hanya bergelut dengan asas matematik.

4. MASALAH PEMPROSESAN AUDITORI
Satu lagi masalah pembelajaran kanak-kanak adalah masalah pemprosesan auditori. Ia selalu mengganggu kanak-kanak yang sudah bersekolah
  • Mereka sukar faham apa yang didengari mereka
  • Antara simpton yang anda boleh lihat ialah
  •  Mudah terganggu dan terkejut walau dengan bunyi sedikit kuat
  • ·Mereka tidak selesa dan meragam ditempat bising
  •  Tidak mampu mengikut arahan sama ada ringkas atau rumit
  • Sukar membaca, menulis dan mengeja
  • Mudah lupa kerja mereka dan tidak teratur
  • Sukar mengikut perbualan

Masalah ini sering disalah faham dengan masalah perilaku atau ADHD atau kemurungan. Namun sebenarnya, kanak-kanak yang mempunyai masalah ini dapat mengasuh skil lebih baik apabila semakin besar.
Dia masih memerlukan bantuan patologi untuk mengasah skil bercakap dan mendengar

5.MASALAH CAMPURAN RESEPTIF DAN EKSPRESIF

Ia kini dipanggil masalah bahasa. Mereka akan mempunyai masalah untuk memproses dan memahami apa yang dikatakan kepada mereka.
Malah mereka tidak dapat mengekspresikan fikiran dan perasaan mereka dengan kata-kata.
Ini mungkin tidak kelihatan sebagai masalah yang besar, tapi ia boleh memberi impak kepada skil sosial kanak-kanak. Jadi lihat symptom berikut:
  • ·         Tidak faham apa yang orang lain sampaikan
  • ·         Tidak dapat berkongsi apa yang dia rasa, fikirkan atau idea
  • ·         Akademik tidak bagus
  • ·         Tidak pandai membaca, menyelesaikan masalah metematik atau menulis ayat yang betul

Amat penting sebagai ibu bapa anda untuk bersabar dalam menganalisa anak anda. Fahami kekuatan dan kelemahan mereka.

Contoh sesetengah anak yang kurang pandai bersosial lebih pandai bersosial lebih pandai mengekspresikan diri mereka melalui seni.

Jika anda menyedari sesuatu yang kurang dengan anak anda, jangan terus memaksa. Bantu mereka untuk melalui kesukaran itu.

Dengan sokongan dan dorongan anda, anak anda boleh melepasi kekurangan ini.




Wednesday, September 12, 2018

PEMAKANAN SIHAT UNTUK KANAK-KANAK



Topic ini Nampak mudah kan? Namun tidak semua ibu bapa Berjaya membentuk corak pemakanan yang sihat untuk anak mereka. Lihat sahaja persekitaran masa kini, terdapat pelbagai makanan dan minuman ringan yang tidak berkhasiat di samping iklan makanan yang ringan yang mengeksploitasi karakter kegemaran telah menarik perhatian kanak-kanak untuk membelinya. Makanan dan minuman yang mudah didapati di pasaran ini mengandungi gula dan garam yang berlebihan dan memberi kesan buruk dalam jangka masa panjang buat si kecil ini. Oleh itu, pemakanan sihat penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan ibu bapa merupakan individu paling penting bagi menangani isu ini.
Pemakana seimbang adalah pemakanan paling terbaik buat meraka kerana ia merupakan kombinasi makanan yang membekalkan nutrien yang seimbang. Dalam mengekalkan kesihatan diri, nutrien seimbang boleh dicapai dengan mengambil pelbagai jenis makanan yang berkhasiat.
Piramid makanan Malaysia merupakan panduan untuk mengambil jenis dan jumlah makanan yang diambil secara seimbang dalam membekalkan sumber makanan yang berkhasiat. Ianya terdiri daripada 4 aras yang mewakili kumpulan makanan yang berbeza. Ibu bapa boleh menjadikan pyramid makanan Malaysia sebagai panduan pemakanan bagi memastikan makanan yang diambil itu seimbang dan berkhasiat untuk anak-anak.


3 makronutrien yang penting seperti karbohidrat, protein dan lemak membekalkan tenaga kepada kanak-kanak. Vitamin dan mineral pula merupakan mikronutrien yang penting dalam memastikan fungsi tubuh berfungsi secara baik. Kesemua makronutrien dan mikronutrien ini boleh didapati di daripada sumber makanan seperti dalam pyramid makanan ini.

ARAS 1: Nasi, Mi, Roti, Bijirin, Produk bijirin dan ibu-ubian.


Makanan didalam aras 1 ini merupakan sumber karbohidrat yang memberi tenaga buat anak-anak. Tenaga penting agar kanak-kanak dapat menumpukan perhatian semasa belajar dan juga bermain. Kini, kebiasaanya kanak-kanak mendapat tenaga daripada sumber makananyang tidak berkhasiat seperti makanan dan minuman ringan yang mengandungi gula ringkas yang tinggi. Oleh itu, berikan sumber makanan yang berkhasiat untuk bekalan tenaga buat mereka.

ARAS 2: Buah-buahan dan Sayur-sayuran

Lumrah buat kanak-kanak tidak meminati sayur-sayuran dan kadangkala buah-buahan kerana rasanya yang pahit dan juga tidak mempunyai rasa. Ibu bapa, perlu kreatif menyediakan menu makanan anak agar mereka timbul rasa minat terhadap sayur-sayuran dan buah-buahan in kerana sayur dan buah terdiri daripada pelbagai warna dimana setiap satunya memberi vitamin dan mineral yang penting untuk membantu tumbesaran mereka dan meningkatkan imuniti diri daripada sebarang penyakit.

ARAS 3: Kumpulan Ikan, Ayam, Daging, Telur dan kekacang & Kumpulan Susu dan Produk tenusu.

Makanan dari aras ini merupakan sumber protein yang membantu tumbesaran kanak-kanak. Sebagai contoh pengambilan ikan, ayam, daging, telor, dan kekacang mempunyai protein yang berfungsi dalam menguatkan otot dan tulang kanak-kanak. Susu dan produk tenusu yang merupakan sumber kalsium membantu dalam tumbesaran gigi dan tulang mereka. Oleh itu, jangan sesekali abaikan pengambilan makanan dalam aras ini.

ARAS 4: Lemak, Minyak, Gula dan Garam.

Ibu bapa perlu mengawal jumlah lemak, minyak, gula dan garam dalam pengambilan makanan anak-anak lebih-lebih lagi makanan ringan dan juga makanan terproses. Ya, kanak-kanak masih perlukan amaun lemak, minyak, gula, dan garam namun ibu bapa harus memastikan ia hanya dalam kuantiti yang sedikit dan tidak terlalu kerap mengambil makanan dan minuman yang tinggi gula dan garam.


Kesimpulannya, amat mudah untuk membaca namun sukar untuk di praktikkan kerana pelbagai cabaran dan halangan seperti anak-anak tidak mahu makan makanan yang ibu bapa sediakan, anak-anak lebih gemar mengambil makanan ringan dan terproses kerana lebih sedap, dan juga anak-anak tidak didedahkan dengan pelbagai makanan sihat dan berkhasiat seperti yang telah diterangkan di atas. Ibu bapa harus kuat dalam menangani isu ini kerana tanpa ibu bapa pemakanan anak tidak terjaga dan akan menganggu kesihatan mereka. Bantulah anak-anak anda sebelum terlambat!!

Monday, September 10, 2018

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK.


Setiap ibu bapa mahukan anak mereka menjadi insan yang baik dan sempurna. Insan yang baik ini diharapkan akan sekaligus menjadi anggota masyarakat dan warganegara yang berguna. Harapan ini sudah tentu memerlukan didikan dan asuhan ibu bapa dengan kasih sayang.

Ibu bapa juga dapat berubah sikap dengan memberi lebih perhatian terhadap anak-anak mereka. Sikap ibu bapa yang kurang memberi perhatian terhadap anak-anak mereka. Sikap ibu bapa yang kurang memberi perhatian terhadap anak-anak merka juga adalah salah satu punca kepada keruntuhan masalah displin pelajar. Ini kerana kesibukan  tugas menyebabkan ibubapa sering melepaskan tanggungjawab kepada sekolah mendidik anak-anak mereka memburukkan lagi keadaan.

Kajian-kajian tentang masalah disiplin dikalangan pelajar banyak menunjukkan kecondongan anak-anak yang melakukan kesalahan berasal daripada keluaga yang terlalu membiarkan atau selalu keras dengan disiplin, kurang penyeliaan dan anak-anak yang banyak masalah ketika disekolah rendah lagi.
                                                                                                     

 MENGAWAL ANAK

Mengurus dan mengawal anak tingkah laku anak-anak adalah tanggungjawab yang besar bagi ibu bapa. Cara ibu bapa memainkan peranan masing-masing sedikit sebanyak dipengaruhi oleh cara bagaimana mereka sendiri telah dididik dan diasuh oleh ibu bapa mereka dahulu. Yang penting ialah ibu bapa menyendiri akan kesan kepada tindakan-tindakan yang diambil terhadap anak-anak mereka. Misalnya ibu bapa yang membawa anak-anak mereka menziarahi saudara atau kawan-kawan sering melihat anak-anak mereka bergurau dengan anak-anak tuan rumah, atau anak-anak tetamu lain. Gurauan anak-anak kecil itu kadang-kadang menjadi bertambah lasak kerana tuada teguran daripada ibu bapa masing-masing.

Kononnya budak-budak memang lasak dan cerdas, walaupun kejadian itu berlaku dihadapan mata sendiri. Ketegasan ibu bapa menegur dan membetulkan keadaan yang sedemikian serta-merta akan memberi kesan yang berpanjangan kepada anak-anak itu. Sebaliknya jika anak-anak itu dimarahi hanya apabila sudah balik, atau dua tiga hari lagi dirotan kerana memalukan ibu bapa, maka kesannya amat sedikit, malah akan memberi kesan sampingan yang lain pula. Ketegasan ibu bapa menegur kesalahan anak dengan serta-merta amatlah penting dalam proses mendidik anak dari kecil. Ia harus dilakukan dengan konsistem supaya lama–kelamaan mesej yang hendak disampaikan itu tertanam didalam lubuk hatinya.

Kini, kita boleh menyaksikan lebih ramai ibu bapa muda yang mempunyai anak kecil, mengurus dan mengawal anak-anak mereka dengan cara yang lebih liberal. Maksudnya, anak-anak ini dibiarkan menunjukkan pelbagai telatah termasuklah melayani anak-anak lawan ‘bertegar’ dengan ibu atau bapa ataupu menutup sebelah mata setelah mengetahui sesuatu kesalahan telah dibuat. Hakikatnya, tanpa disedari ibu bapa ini sedang menyemai bibit-bibit tingkah laku yang ditegah sama ada dari pandangan agama mahu pun adat ketimuran.

PERMAINAN UNTUK KANAK-KANAK 0-5 TAHUN

Kami sukar untuk memahami untuk memilih permainan yang sesuai dengan anak kita. Lebih-lebih lagi yang berumur 5 tahun ke bawah. Mereka cep...