Pengurusan
bilik darjah bagi seseorang guru sememangnya teramat penting selain mengajar
dan mendidik murid. Jika seorang guru Berjaya mengurus bilik darjah dengan
sempurna, maka proses pengajaran dan pembelajaran boleh ditafsirkan sebagai Berjaya.
Namun jika seseorang guru gagal mengawal dan mengurus bilik darjah dengan berkesan,
berkemungkinan besar, impak negative akan wujud yang mencacatkan proses
pengajaran dan pembelajaran. Maka objektif atau hasil pembelajaran gagal
dicapai secara berkesan.
Pengurusan
bilik darjah dapat didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan
untuk mengekal peraturan bilik darjah. Pengurusan bilik darjah adalah satu
kemahiran yang amat penting dan perlu dikembangkan oleh guru-guru bagi
membolehkan guru mengurus pembelajaran dengan lebih berkesan, suasana dan
persekitaran pembelajaran yang kondusif.
Mereka
juga dapat memberi tumpuan aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu
sendiri. Mereka berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan
merupakan proses yang mempunyai tujuan dimana tindakan serta sikap guru itu
bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pengurusan
bilik darjah diibaratkan sebagai okestra dalam kehidupan bilik darjah yang
memerlukan pembentukkan kurikulum, penyelenggaraan, prsedur dan sumber
pengajaran. Ia juga menekankan tentang pentingnya penyusunan suasana bilik
darjah bagi meningkatkan keberkesanan, pemantauan perkembangan pelajar serta
tanggungjawab guru dalam memikirkan masalah-masalah yang mungkin akan timbul.
No comments:
Post a Comment