Thursday, September 20, 2018

MENGGUNAKAN ALAT BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN



KEPENTINGAN SERTA TUJUAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan alat bantu mengajar amat penting bagi guru untuk memastikan proses pengajarannya dapat berjalan dnegan lancer kerana isi pengajaran yang disampaikan dapat diikuti dengan baik oleh murid dengan bantuan alat bantu mengajar dapat disenaraikan.
1. Dapat mempertingkatan minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran
2. Dapat memahami secara lebih mendalam dan realistic.
3.  Dapat mengekalkan ingatan yang lebih lama
4. Dapat berasaskan keseronokkan belajar.
5. Penggunaan alat bantu mengajar dapat mengawal serta mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar kekurangan masa.

KEMAHIRAN PEMILIHAN DAN APLIKASI ALAT BANTU MENGAJAR.
Kemahiran adalah kecekapan atau kepandaian seseorang untuk membuat sesuatu. Tanpa kemahiran agak sukar bagi seseorang itu mengendalikan sesuatu. Begitu juga dalam bidang perguruan, kemahiran amat diperlukan. Seperti kemahiran dalam memilih serta mengaplikasikan alat bantu mengajar yang telah dipilih.
Dalam memilih alat bantu mengajar, guru seharusnya kemahiran dalam menilai dan menimbang akan keperluan atau sumbangan alat bantu dalam pengaplikasiannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Pertimbangan seharusnya menekankan semua aspek atau kriteria-kriteria dalam memilih alat bantu mengajar

CARA-CARA APLIKASI ALAT BANTU MENGAJAR
Dalam zaman yang serba moden dan canggih sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat yang semakin berkembang pesat dari semasa ke semasa. Penggunaan alat bantu mengajar juga berkembang dari menggunakan papan tulis bertukar kepada yang lebih canggih iaitu penggunaan computer, bahan elektronik dan sebagainya.
Diantara jenis alat bantu mengajar yang boleh digunakan adalah seperti kad manila, carta, model, projector, multimedia dan sebagainya. Alat dengar seperti radio, pita rakaman adalah sesuai untuk pembelajaran yang berkehendak penguasaan kemahiran yang tertentu seperti bacaan al-quran. Filem dan televisyen sesuai digunakan untuk sesuatu pemerhatian aspek-aspek khusus atau untuk tujuan memperlihatkan tunjuk cara yang berhubung dengan penguasaan sesuatu aspek yang tertentu seperti pengerakkan amali dalam sembahyang.

KESIMPULANNYA
Teknik pengajaran dan pembelajaran bagi seseorang guru bukan sekadar chalk and talk tapi lebih dari itu seperti penggunaan alat bantu mengajar  dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan alat bantu mengajar perlu dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran dijalan dengan berkesan, menarik perhatian, menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan ini menjelaskan kepada kita betapa penting penggunaan alat bantu mengajar kepada guru-guru untuk menyampaikan pelajaran kepada pelajar-pelajar.



No comments:

Post a Comment

PERMAINAN UNTUK KANAK-KANAK 0-5 TAHUN

Kami sukar untuk memahami untuk memilih permainan yang sesuai dengan anak kita. Lebih-lebih lagi yang berumur 5 tahun ke bawah. Mereka cep...