Muzik dapat membantu perkembangan sosial emosi
kanak-kanak secara umumnya emosi bermaksud perasaan yang tinggi dan halus
manakala sosial pula bermaksud pergaulan kanak-kanak dengan orang lain. Muzik dapat
membantu perkembangan sosial emosi kanak-kanak dimana mereka dapat meluahkan
perasaan gembira atau seronok melalui aktiviti muzik.
Mereka merasa dihargai apabila guru menyelitkan
nama-nama mereka dalam nyanyian. Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya
mereka terlibat secara langsung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dimana guru boleh mengadakan aktivit dalam kumpulan melibatkan semua
kanak-kanak. Melalui aktiviti ini mereka akan menyanyi dan menari bersama
rakan-rakan lain. Selain itu, aktiviti ini juga membolehkan kanak-kanak
meluahkan perasaan takut, gembira, sedih, cemas dan sebagainya.
Disamping itu, aktiviti ini juga dapat membina
disiplin diri pada kanak-kanak misalnya ketika menunggu giliran untuk bermain
alat muzik dan akhir sekali aktiviti muzik ini akan dapat meningkatkan konsep
kendiri pada kanak-kanak berkongsi alatan muzik bersama rakan-rakan yang lain.
Seterusnya, muzik juga dapat membantu perkembangan
kognitif kanak-kanak. Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk
berfikir, berdikari, memberi pendapat memahami dan mengingati perkara-perkara
yang berlaku di persekitaran masing-masing.
Melalui pengajaran muzik juga kanak-kanak akan mahir
dalam membezakan bunyi panjang dan pendek. Contoh aktiviti untuk memperkenalkan
bahawa itu panjang. Manakala aktiviti untuk memperkenalkan bahawa bunyi yang
pendek ialah guru memukul kerincing dan memperkenalkan bahawa bunyi itu pendek.
No comments:
Post a Comment