Assalamualaikum,
saya Cik Nur Shamira Binti Mohd Shaari dalam bidang Diploma Pendidikan Awal
Kanak-kanak. Saya belajar di sebuah Koleh Uniti Kota Bharu selama 3 tahun. Umur
saya 20 tahun dan menetap di Kg Masjid Batu Buruk, Kuala Terengganu.
Kenapa
Taska Tadika Perlu ada blog sendiri? Apa istimewanya blog ini? Berbanding
dengan Fb page@group, Tadika yang ada blog sendiri lebih mudah post dan update
cerita, gambar dan aktiviti semasa Tadika. Dari segi mempromosi Tadika,
pelbagai promo dan perkara boleh dikongsikan dengan mudah malalui entri-entri
yang diupdate dari masa ke semasa.
Alhamdulillah,
bersyukur kepada hadrat illahi kerana
telah memberi peluang kepada saya untuk mencapai cita-cita saya sebagai seorang
pendidik kepada kanak-kanak. Saya berminat dalam bidang tersebut adalah kerana
saya seorang yang penyayang kepada kanak-kanak. Semasa saya sedang belajar,
saya cuba mencari pengalaman bekerja di sebuah Taska Iq Pintar apabila tibanya
cuti semester. Di situ juga, saya banyak mendapat pengalaman yang saya tidak
dapat bayangkan apabila berlakunya situasi berikut. Sikit demi sedikit saya
boleh faham tingkah laku kanak-kanak apabila di taska. Kebanyakkan guru tidak
dapat mengawal tingkah laku kanak-kanak yang terlalu hyperaktif.
Alhamdulillah,
saya dapat mengawal keadaan kanak-kanak yang terlalu hyperaktif sehingga
pengurus taska dan guru-guru lain mempercayai saya untuk menjaga kanak-kanak
malahan mereka menawarkan pekerjaan untuk menjadi pekerja tetap disana apabila
melihat prestasi saya begitu membrangsangkan. Dengan ini, saya dapat melihat
peluang saya selepas tamat pengajian.
Kanak-kanak
umpama biji benih yang membesar menjadi pokok lalu menghasilkan buah yang memberi manfaat kepada alam sekeliling,
begitulah juga kanak-kanak sekiranya dididik dengan baik mampu menghasilkan “
buah” yang bermanfaat terhadap masyarakat.
Pendidikan
awal kanak-kanak sangat penting dalam mendidik kanak-kanak untuk meneruskan
kehidupan dengan ilmu-ilmu yang dapat membantu masa depan kanak-kanak. Seorang
guru bukan sahaja menjaga kanak-kanak malahan guru juga perlu mengajar dan
mendidik kanak-kanak supaya mereka bijak mengurus kehidupan mereka dengan baik.
Tanggungjawab sebagai seorang pendidik sangat besar untuk melahirkan
kanak-kanak yang lebih berwibawa.
No comments:
Post a Comment