Friday, July 27, 2018

FAKTOR DAN CARA MENGATASI MASALAH EMOSI KANAK-KANAK



Disini saya ingin berkongsi mengenai tingkah laku makanan kanak-kanak. Disini juga saya kongsikan sedikit maklumat daripada esaimen yang telah saya siapkan sebelum ini. Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda dan memberikan input berguna kepada semua.
  
                    Gambar Hiasan
Perasaan empati kanak-kanak akan membawa kepada perkembangan sosial kea rah membantu orang lain iaitu tingkah laku prososial. Sebagai contoh, kanak-kanak menunjukan perasaan prihatin terhadap mereka yang lemah dan membantu dalam penjagaan. Kanak-kanak yang berumur 6 tahun hingga 7 tahun lebih cenderung untuk menunjukkan sikap bekerjasama apabila bermain dengan rakan mereka.
Gambar Hiasan
Manakala tingkah laku anti sosial pula seperti tingkah laku agresif, instrusive, asertif dan suka mengawal orang lain atau melakukan keganasan dan mencederakan orang lain. Kelakuan antisosial yang bermasalah dihadapi pada zaman kanak-kanak ialah cakap bohong, bergaduh, mencuri dan lari dari rumah. Terdapat beberapa penerangan mengapa seseorang kanak-kanak itu menjadi antisosial.

Gambar hiasan
Salah satu daripadanya ialah tanggapan bahawa tingkah laku antisosial itu sebenarnya akibat daripada proses modelling. Misalnya melalui model-model atau cerita-cerita yang dipaparkan di televisyen. Pengawasan ibu bapa dalam mengawal kanak-kanak menonton televisyen amatlah perlu bagi mengelakkan kanak-kanak menonton siaran yang tidak sepatutnya. Dengan cara ini kanak-kanak tidak terlalu berisiko meniru gaya-gaya yang tidak sepatutnya yang terdapat dalam televisyen.

Gambar hiasan
Gangguan emosi juga boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak itu tidak maju didalam pelajarannya. Sering juga terdapat kanak-kanak yang tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran kerana gangguan-gangguan seperti sakit perut, sakit kepala dan sebagainya yang berpunca daripada gangguan emosinya.



Gambar hiasan
Contohnya ialah seorang kanak-kanak berusia 8 tahun yang secara mendadak merosot dalam pelajarannya sejak 6 bulan kebelakangan. Sebelum itu dia merupakan murid yang cerdik dan menunjukkan prestasi yang sangat baik di sekola. Sejak 6 bulan yang lalu, ibu bapanya mengalami masalah rumahtangga dan sedang beruru-ara untuk berpisah. Ini telah meninmbulkan suasana rumahtangga yang tidak harmoni yang menyebabkan si anak sering mengeluh tidak sihat. Kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi perlulah dikenal pasti supaya boleh diberi kaunseling untuk membantunya mengatasi maslaah emosinya.

No comments:

Post a Comment

PERMAINAN UNTUK KANAK-KANAK 0-5 TAHUN

Kami sukar untuk memahami untuk memilih permainan yang sesuai dengan anak kita. Lebih-lebih lagi yang berumur 5 tahun ke bawah. Mereka cep...