Topik
lepas kita sudah membincangkan pemakanan sihat untuk kanak-kanak. Bagaimana
dengan aktiviti fizikal buat mereka? Trend hari ini kita lihat kanak-kanak
termasuk BAYI SEAWAL 6 BULAN sudah di beri gajet dan berada dalam dunia
masing-masing. Kesannya kanak-kanak hari ini tidak pandai untuk bermain apatah
lagi bersosial bersama rakan-rakan. Jika bersosial sekalipun, mereka akan
bermain menggunakan ‘smart phone’ tanpa melakukan sebarang pergerakkan.
Sebagai
ibu bapa, penjaga dan guru yang prihatin terhadap kesihatan kanak-kanak ini.
Anda perlulah memainkan peranan dalam mengajak kanak-kanak untuk aktif secara
fizikal setiap hari. Bagaimana mahu kanak-kanak aktif setiap hari? Artikel kali
ini akan membincangkan panduan aktiviti fizikal untuk kanak-kanak.
APA
ITU AKTIVITI FIZIKAL
Aktiviti
fizikal bermaksud sebarang pergerakkan badan yang dihasilkan oleh otot dan
membawa kepada pengeluaran tenaga. Melakukan aktiviti fizikal dan pemakanan
yang sihat dapat mengekalkan kesihatan yang baik untuk bayi dan kanak-kanak.
Aktiviti fizikal boleh dibahagikan
kepada dua kategori iaitu aktiviti fizikal berstruktur dan tidak berstruktur.
AKTIVITI
FIZIKAL BERSTRUKTUR
1. Aktiviti
yang dirancang dan disusun oleh ibu bapa/ penjaga/ guru
2. Mempunyai
objektif tersendiri tetapi tiada unsur pertandingan (menang atau kalah)
3. Contoh
aktiviti yang boleh dilakukan :
- ·
Permainan dalam
kumpulan: baling bola, ‘musical games’, menari
- ·
Aktiviti ‘circuit’:
turun naik kerusi, lompat bintang, merangkak melalui halangan.
AKTIVITI
STRUKTUR TIDAK BERSTRUKTU
1.
Aktiviti
bebas yang dilakukan oleh kanak-kanak dalam meneroka persekitaran mereka.
2. Bermain
menggunakan imaginasi dan idea mereka sendiri
3. Contoh
aktiviti: bermain basikal, bermain dipadang permainan, berlari.
Panduan
dalam melakukan aktiviti fizikal untuk kanak-kanak
Prinsip 1: Aktif sedap
hari
Pastikan
anak-anak murid anda aktif secara fizikal setiap hari. Sekiranya terdapat
kemudahan lif, ajak mereka untuk berjalan dan naik tangga berbanding
menggunakan lif. Selain itu, dirumah, disekolah, tadika, pusat jagaan, galakkan
anak-anak anda untuk membantu dalam membuat kerja-kerja rumah seperti menyapu,
mop lantai, membasuh dan mengemas. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan
dan merupakan waktu terbaik untuk anda berkomunikasi dengan anak.
Prinsip 2: lakukan
sekurang-kurangnya 60 minit aktiviti berintensiti sederhana setiap hari.
Ajak
anak-anak murid anda untuk melakukan 60 minit aktiviti berintensiti sederhana
untuk meningkatkan sistem kardiovaskular mereka. Aktiviti yang boleh dilakukan
adalah seperti bermain basikal, berlari dan bermain kejar-kejar , bermain
badminton dan seumpamanya.
Prinsip 3: melakukan
aktiviti yang meningkatkan daya tahan otot dan tulang sekurang-kurangnya 3 kali
seminggu.
Lakukan
juga aktiviti yang boleh meningkatkan daya tahan otot dan tulang anak-anak 3
kali seminggu. Sebagai contoh, lompat tali, lompat bintang dan monkey bar.
Prinsip
4: Hadkan tabiat dan aktiviti fizikal yang tidak aktif
Beri
nasihat kepada anak untuk mengurangkan aktiviti yang tidak aktif. Sebagai contoh
hadkan aktiviti seperti menonton televisyen, melayari internet menggunakan
telefon dan bermain serta menggunakan computer yang berlebihan. Ajak anak anda
melakukan apa jua aktiviti asalkan mereka bergerak dan bukan duduk sahaja.
Kepentingan aktiviti fizikal buat kanak-kanak
1. Untuk
perkembangan dan pertumbuhan diri dengan baik.
2. Aktiviti
fizikal bersama pemakanan yang sihat dan dapat menjaga kesihatan dan
meningkatkan kualiti hidup mereka.
3. Menyokong
perkembangan motor, koordinasi dan pergerakkan (kaki dan tangan)
4. Membentuk
keyakinan diri dan membantu kanak-kanak untuk bersosial bersama rakan-rakan terutama
aktiviti berstruktur. Contoh aktiviti berkumpulan.
Kesimpulannya
aktiviti merupakan aspek penting dalam mengekalkan kesihatan yang terbaik untuk
kanak-kanak. Bukan sahaja membantu dari segi pertumbuhan badan malah boleh
meningkatkan kecergasan dan stamina mereka. Perkembangan emosi dan keyakinan
diri dapat dilihat apabila kanak-kanak ini menikmati zaman kanak-kanak mereka
dengan bermain. Oleh itu, ibu bapa, guru, penjaga perlu menggalakkan minat dan
keupayaan anak untuk melakukan aktiviti fizikal, melibatkan diri untuk bermain
bersama dan pantau mereka dari sebarang bahaya. Apa yang penting, pastikan mereka
bergerak dan membuat sesuatu aktiviti yang bermanfaat.