Keganasan terhadap
kanak-kanak termasuk penderaan dan kecederaan fizikal dan mental, pengabaian
dan penderaan seks yang boleh berlaku dirumah, sekolah, rumah anak yatim.
Kemudahan penjagaan berasrama, diajalanan, di tempat kerja, diruang siber dan
juga dipenjara dan dipusat tahanan. Keganasan menjejaskan kesihatan fizikal dan
mental kanak-kanak, merosakkan keupayaan mereka belajar dan bergaul dan
melemahkan perkembangan mereka sebagai seorang dewasa yang berfungsi dan ibu
bapa yang kemudian hari. Dalam kebanyakkan kes yang amat teruk keganasan
terhadap kanak-kanak juga boleh membawa maut. Seperti kebanyakan negara lain,
keganasan terhadap kanak-kanak diMalaysia masih banyak tersembunyi di sebalik
tabir menjadikannya sukar untuk membuat penentuan yang tepat tentang
kelazimannya. Hanya penderaan kanak-kanak dan kisah pengabaian yang amat
keterlaluan sahaja yang dilaporkan, selalunya melibatkan unsur tragik
kecederaan yang mengganggu fikiran masalah kematian. Sebab-sebab keganasan
terhadap kanak-kanak adalah kompleks. Perpecahan keluarga, tekanan, kemiskinan
yang melampau, gangguan, penyakit gangguan mental, penyalahgunaan dadah, tidak
mempunyai tempat tinggal, keganasan masyarakat dan juga kekurangan masa
berkualiti ibu bapa merupakan sebahagian daripada faktor-faktor utama yang
menyumbang kepada kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak.
Seorang kanak-kanak
haruslah dilindungi daripada menjadi mangsa dera sama ada secara fizikal atau mental.
Undang-undang untuk melindungi kanak-kanak telah dicipta dengan tujuan untuk
menjamin keselamatan yang sewajarnya untuk mereka. Melindungi kanak-kanak
adalah tanggungjawab setiap orang dan masyarakat.
Jika anda mengesyaki ada
kanak-kanak yang didera secara fizikal atau mental anda haruslah segera
melaporkan ia kepada pihak polis. Langkah lain yang boleh anda lakukan ialah berjumpa
doktor atau guru yang boleh membantu kanak-kanak tersebut.
Undang-undang melindungi
kanak-kanak adalah perlu supaya mereka tidak menjadi mangsa kepada mereka yang
tidak bertanggungjawab. Undang-undang tersebut boleh membantu anak-anak anda
untuk membesar dengan yakin dan tanpa rasa takut. Kanak-kanak seharusnya dibiarkan
membesar dalam keadaan yang gembira dan ceria. Untuk itu haruslah ada
undang-undang yang ketat untuk melindungi kanak-kanak.
Kita selalu membaca mengenai
kes kanak-kanak menjadi mangsa dera dimedia. Tidak kurang juga cerita-cerita
sedih tentang kekejaman terhadap kanak-kanak. Dalam usaha untuk menghentikan
perbuatan ini terhadap kanak-kanak yang tidak bersalah, undang-undang yang
sewajarnya haruslah diimplementasikan.
Terdapat pelbagai jenis
undang-undang yang melindungi kanak-kanak. Jika anda kekurangan pengetahuan tentang
topik ini, anda boleh merujuk internet untuk maklumat lebih lanjut. Terdapat banyak
laman web yang menerangkan secara terperinci tentang undang-undang yang
melindungi kanak-kanak.
Para pendidik seharusnya
menggunakan kaedah yang bersesuaian sebagai denda kepada pelajar yang tidak
menyiapkan kerja sekolah dan bukannya melakukan perkara-perkara yang negatif
dan boleh memudaratkan kanak-kanak. Mendenda pelajar seharusnya mempunyai nilai
didikan didalamnya supaya mereka belajar daripada kesilapan mereka.