Apa
itu ADHD?
ADHD
ialah singkatan kepada Attention Deficit Hyperactiv Disorder atau dalam kata
lain Hyperactiv. Selalu ibu bapa dan
guru mengambarkan kanak-kanak yang mudah terangsang, lasak atau tidak dengar
cakap ini sebagai Hyperactiv. Boleh
dikatakan 1 daripada 25 kanak-kanak menghidap ADHD dan sekurang-kurangnya
seorang murid di dalam sebuah kelas dikategorikan sebagai Hyperaktiv. Anak yang hyperaktiv
akan selalu bergerak dan tidak pernah puas dengan permainan mereka.
Kadangkala jika diperhatikan, mereka seakan-akan mencipta permainan sendiri
tetapi ia masih tidak mampu menarik perhatian mereka. Ibu bapa perlu memainkan
peranan penting dalam mendidik dan mengenalpasti ciri-ciri anak hyperaktiv. Malah mereka juga perlu
menpelajari beberapa tips untuk memahami samada anak mereka jatuh dalam
kategori benar “hyperaktiv” atau
biasa sahaja.
Teknik menarik minat anak ADHD
belajar
Sebagai
ibu bapa yang memiliki anak ADHD, kita sepatutnya tidak perlu merasa tertekan
atau sedih. Mungkin agak kepenatan menjaga mereka tetapi kita harus bersyukur
kerana anak-anak adalah anugerah dari yang maha esa. Disini saya ingin
berkongsi beberapa tips dan cara untuk menarik minat kanak-kanak hyperaktiv ini untuk belajar.
Kanak-kanak normal pun “enjoy”
suasana begini
Susun
atur suasana ruang dengan menjaga pengcahayaan yang redup atau mainkan muzik
yang tenang ketika anak hyperaktiv
ini perlukan ketenangan.
Biarkan mereka “explore” dunia luar
Peruntukan waktu setiap hari untuk melakukan aktiviti luar seperti olahraga, berlari, memanjat dan sebagainya. Namun sebelum itu pastikan anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melakukan aktiviti ini bersama mereka.
Peruntukan waktu setiap hari untuk melakukan aktiviti luar seperti olahraga, berlari, memanjat dan sebagainya. Namun sebelum itu pastikan anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melakukan aktiviti ini bersama mereka.
Cuba ringkaskan subjek
matapelajaran agar mereka tidak bosan dengan pembelajaran yang panjang.
Penggunaan visual atau gambar lebih
efektif dan menyeronokkan
Jadi
lebih kreatif dalam menarik minat anak untuk belajar. Contohnya gunakan lebih
banyak visual atau gambar yang berwarna-warni untuk menerangkan sesuatu kepada
kanak-kanak ini. Pastikan teknik pembelajaran yang diberikan penuh variasi dan
berubah-ubah setiap hari.
Selain mewarna boleh cuba menyanyi
pula
Fokus pada bidang atau
aktiviti yang boleh menimbulkan minat dan kesukaan pada kanak-kanak ini.
Berikan “extra” kasih sayang kepada
mereka
Beri lebih tumpuan dan
kasih sayang kerana kanak-kanak hyperaktiv
akan lebih mendengar kata jika selalu dipeluk, bercakap lembut dengan mereka
dan juga diberi perhatian.